Denggi


Baru2 ni kadar manusia yang menghidap penyakit demam denggi semakin tinggi. Sebelum ini, kita semua risau tentang penyakit selsema babi H1N1, bila penyakit ini sudah menurun kadarnya, penyakit demam denggi pulak meningkat.. paling baru sekali ialah pemergian arwah Din Beramboi yang meninggal akibat demam denggi berdarah..
Demam denggi berpunca daripada virus denggi (genus Flavivirus) yang disebarkan daripada nyamuk aedes betina, yang jantan buat ape?? duduk rumah makan dengan tengok tv. ^ ^.. lagi bagus takde lah sebar penyakit.. Cara penyebarannya ialah dengan gigitan nyamuk aedes betina ini kepada menasuia. Dua jenis denggi yang kronik ialah Demam Hemoragik Denggi (DHF) (denggi berdarah) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Tanda2 seseorang itu berkemungkinan menghidap demam denggi :

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

cara2 cegah demam denggi ialah seperti
  1. memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
  2. guna semburan serannga untuk bunuh nyamuk aedes
  3. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
ujian2 untuk mengesan denggi

  1. Pemeriksaan darah untuk mengdiagnosis denggi iaitu apabila platlet (trombositopenia) yang rendah dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi.
  2. ujian serologi lebih cepat la untuk cek penyakit ni.. pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.
tapi mak cakap. minum air banyak,pastuh minum 100plus dgn sup ketam insyaallah ok... hahah

OK tu saje.. TQ.. salam...



Share on Google Plus

About Tono Sama

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment